Resepi Dalca Tulang Kambing Youtuber terkenal




Jom cuba resepi terbaru dari youtuber masakan terkenal Sugu Pavitha dengan masakan Dalca kari tulang kambing. 


Bahan-bahan:

Tulang Kambing 1 kg
Dhal malawi: 1 cawan
Dhal merah: 1 cawan
2 biji tomato - dipotong
1 biji terung
sedikit daun kari
sedikit daun ketumbar
1 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih ditumbuk
Halia 3 cm ditumbuk
2 tangkai kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
3 sudu kecil kunyit
2 sudu besar serbuk cili kering
2 sudu besar serbuk ketumbar 
2 sudu besar jintan putih
 2 sudu besar serbuk kurma
sedikit minyak
minyak sapi 1 sudu besar

Cara memasak ;

masukkan minyak masak diikuti minyak sapi - masukkan rempah ratus 4 sekawan. Kemudian masukan bawang merah-tumis sehingga naik wangi.

Selepas itu masukkan daun kari, bawang putih dan halia. Masukkan pula tomato - masak sehingga lembut. Kemudian masukkan tulang kambing. Masak lebih kurang 5 minit baru masukkan serbuk kunyit, serbuk2 lain..masak selama 2 minit.

Langkah seterus masukkan kacang dhal yang telah dibasuh- masak sehingga dhal lembut, selepas itu masukkan carrot dan garam.

Akhir sekali masukkan terung dan daun ketumbar..dah siap.

Comments